Wanita Sebagai Pengguna Bijak
Written by Administrator
Friday, 06 March 2009 16:58
Sempena Kempen Konsumer Kebangsaan (3K), dan bersamaan Hari Wanita Antarabangsa, FOMCA dan rakan kongsinya - PETRONAS, NCWO, CUEPACS & MBM menyambut Kempen Wanita sebagai Pengguna Bijak. Tema kempen ini adalah, “Wanita bijak rancang perbelanjaan: Buat dan patuhi senarai barangan”.
Objektif kempen ini adalah :
Mengalak wanita untuk menjadi lebih pengguna yang berhemat melalui perancangan perbelanjaan yang lebih baik dan pengunaan yang lestari.
Mengalak wanita supaya merancang pembelian mereka melalui pembuatan senarai barangan dan mematuhinya.
Untuk mempertimbangkan kemampuan, kesihatan dan kemudahan dalam membuat pilihan pengguna.
Sebagai pengguna, wanita sering berhadapan dengan tekanan apabila mempunyai perbelanjaan yang terhad. Harga barangan juga kian meningkat. Jika mereka bekerja, masa terhad merupakan penambahan tekanan untuk mereka. Tekanan akan lebih besar lagi sekiranya mereka adalah ibu tunggal.
Cabaran ini ditambah lagi oleh dunia pengiklanan yang sering menggunakan wanita sebagai contoh kepada pengguna. Iklan mengambarkan imej wanita segar dan sihat menggambarkan mitos kecantikan seperti wanita yang ramping, muda, berkulit cerah dan tubuh badan yang cantik. Imej-imej yang seringkali dipapar menggunakan wanita muda, memberi gambaran kepada wanita ini untuk mengimpikan tubuh badan yang cantik dengan mengambil produk atau perkhidmatan untuk mendapatkan imej tersebut.
Oleh itu, sekiranya wanita bersikap lebih positif merancang setiap pergerakan perbelanjaan, persoalan tekanan kewangan ini dapat dikawal dan bersifat sementara. Wanita perlu bijak dalam semua aspek kerana mereka merupakan golongan berpengaruh dalam menentukan pasaran ekonomi global.
Tuesday, June 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment